Friday, July 4, 2008

GAMBAR DARI SET DAPUR BUJANG & RESIPI EPISOD PERTAMA



Episod 1

Nasi Dhall

Bahan-Bahan:

Basmathi
Minyak Sapi
Margerin
Daun Pandan
Kacang Dhall
Minyak Masak
Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Bawang Merah Besar - dimayang
Bawang Putih - dimayang
Halia - dimayang
Susu cair
Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:

1. Panaskan minyak sapi dan margerin dalam periuk elektrik. Tumiskan bawang besar,
bawang putih, halia, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan.

2. Masukkan basmathi, kacang dhall, air, susu cair dan garam secukup rasa.


Ayam Masak Ros

Bahan-Bahan:

Ayam Peha di goreng separuh masak
Lada kering
Minyak masak
Bawang Besar
Halia
Bawang Putih
Bunga Lawang, Cengkih, Pelaga dan Kayu Manis
Sos Tomato
Sos Cili
Sirap Ross
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, sos tomato, sos cili, sirap ross, garam dan gula secukup rasa.
3. Setelah masak, hidangkan bersama kacang hijau.


Air Mentari Jingga

Bahan-Bahan:

Sirap Ross
Kordial Oren
Buah Oren

Cara Menyediakannya:

1. Campurkan sirap ross dengan kordial oren dan kisar bersama sedikit ais.
2. Hiaskan bersama hirisan buah oren.

10 comments:

wh0se said...

chef,whose tgk td rancangan dapur bujang bersama fahrin...terus bukak blog ni bila tgk kat akhir rancangan ada tls alamat nie...

pena_biru said...

orang pun ada tgk gak dapur bujang bersama fahrin tu.... boleh tak publish dia punya resipi tu cepat sikit???

shyshygirl said...

salam,sy pn tgk gak chef mkn ngn fahrın arı 2... amboı berseleranya makan...he2...chef, nnti view la blog sy...unconsiousness.blogspot.com

~IMAN~ said...

mane lg resepi yg len.. cpt2 la update blog nih..next time tunjuk cara msk sardin lak..

mengkuang said...

aloo chef.... dah berminggu me ikut rancangan dapur bujang... mana lagik resepi2 tu? updet2 hehehe makasihhhh

donnowattono said...

assalamualaikum

betulkan chef is yg reply di sini? sy tgk tiada pun sebarang reply dari chef or maybe org lain yg bernama anwardi.. if im not mistaken...sy tgk, blog nie cam x updated jer.. kurang updated..
tapi sy berminat utk berinteraksi dgn chef yang comey lagi manis, chef is :)

kalu boleh sy nak berkenalan dgnnye..jika dia ada any email addresses?? boleh leave email chef is di sini?

fazilzura said...

Saya peminat setia..
bile nak update.

mr.ar'ar said...

assalamualikum n salam sejahtera..
terlebih dahuku ingin saya merakam ucapan tahniah kepada crew penerbitan rangcangan dapur bujnag ini.. kerana sedikit sebanyak dia memberikan info dan idea kepada kami yang bujang untuk memasak ala2 ringkas..tahniah jugak kepada chef iskandar kerana sentiasa menyediakn resipi yg best.. untuk rangcangan yg sebelum ini, saya ada mencuba resipi yg diberikan.. mmg menjadai n best.. tapi kali ini mcm mana sy nk mendapatkan resipi yg baru mengikut episod itu ye?? sebab bila sy view blog ini, hanya ada untuk episod pertama jer?? hope sy dapat jawapan ini ye.. sila reply ke mr.aa_81@yahoo.com.my TQ

ally said...

salam...sy pn suka rancangan dapur bujang neh, byk gak blaja masak yg ringkas utk mkn sorg...tp, dlm blog neh, hanya de resipi utk episod 1 je ke?

xsabar nk tunggu dapur bujang musim baru...akan ada ke? ada ada kan le ek? :)

4bizquest said...

Tahniah kpd dapur bujang..kami sekeluarga memang peminat setia dlm program ini. Dan saya selalu buat recording dlm pc saya dari episod pertama lagi..saya simpan file resipi tu untuk rujukan. Tapi ada bebeapa episod terakhir rakaman yg saya simpan terdelete dlm portable hard disk saya. Aduh.alangkah sayangnya resipi yg hilang itu.

Chef, macam mana saya nak dapat semua episod yg telah disiar itu?
Harap chef dapat bantu.